Walid bin Yazid

Walid bin Yazid atau al-Walid II ialah khalifah Kerajaan Bani Ummaiyyah yang memerintah di antara tahun 743 hingga tahun 744. Dia mewarisi takhta daripada pakcik saudaranya, Hisham ibni Abd al-Malik.Pewarisan al-Walid terhadap takhta Ummaiyyah ditentang oleh kebanyakan kaum kerabat Ummaiyyah kerana kesukaannya bersuka ria dan berfoya-foya. Tetapi dia tetap dilantik menjadi khalifah. Sebaik sahaja dilantik menjadi khalifah, beliau mula menghapuskan musuh-musuh politiknya dan sesiapa sahaja yang menentangnya. Al-Walid dibunuh pada 16 April, 744 semasa bertarung dengan musuhnya. Beliau digantikan dengan sepupunya Yazid III.